GUA MUSANG: Dalam tempoh 48 jam, seorang lagi ditemui maut dipercayai akibat serangan harimau belang di Kampung Meranto, di sini hari ini.
Mangsa kali ini ialah warga Myanmar dan dilaporkan meninggal dunia di hospital.
Semalam, mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemui dibaham harimau dalam kejadian di Hutan Simpan, Jalan Sri Bintang, Kampung Meranto di sini.
Mayat Lalu Sukarya Yahya, 42 , yang juga penoreh getah ditemukan dalam keadaan badan tidak sempurna oleh rakan sekerja mangsa di kawasan Ladang Akar Prestige.
Manakala hari ini Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan, bertindak memasang perangkap harimau di lokasi kejadian.