comscore
Tumpuan :
Nasional

Ammar Danish yang cedera dirempuh SUV kini stabil

FOTO: Ihsan UiTM

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

DUNGUN: Susulan nahas jalan raya membabitkan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Dungun.

Mohd Ammar Danish Mohd Rodhuan, 20 tahun, antara mangsa yang terselamat dalam nahas itu dilaporkan stabil.

Namun, masih dalam keadaan trauma dan bersedih selepas diberitahu tiga sahabatnya meninggal dunia.

Pelajar Sarjana Muda Perakaunan, kini dirawat di Hospital Dungun.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM dan Rektor UiTM Cawangan Terengganu, Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi, berkata, Muhammad Ammar Danish tidak mengalami kecederaan serius.

Bagaimanapun, menerima beberapa jahitan di bahagian badan kini ditempatkan di wad untuk pemantauan sehingga keadaan beliau pulih.

Mangsa kini ditemani ibu bapanya yang baru tiba dari Keramat, Kuala Lumpur, sejak jam 4.00pagi tadi.

Dalam kejadian 7.20 malam tadi di hadapan Universiti berkenaan berhampiran Kampung Sura Hujung, rakan mangsa, Ku Adib Aizad Ku Azmi, Khairil Anuar Jamaludin, masing-masing berusia 20 tahun dan Akmal Tukirin, 25 tahun, meninggal dunia dilokasi kejadian selepas dua motosikal yang dinaiki dirempuh sebuah SUV dipandu seorang wanita.

Kereta berkenaan dipercayai merempuh kedua-dua motosikal itu dari arah belakang kerika dalam perjalanan pusat ke pusat pengajian itu.

Rempuhan tersebut menyebabkan seorang daripada mangsa tercampak ke dalam longkang dan tiga lagi mangsa tercampak atas jalan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini