JOHOR BAHRU: ‘Ami, terima kasih jadi anak yang baik’.
Itu luahan kakak kepada Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang merupakan antara anggota polis yang maut dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, awal pagi tadi.
Menerusi hantaran di Instagram, kakak mangsa yang juga pemilik akaun i.shamimie turut berkongsi gambar kenangan arwah adiknya.
“Amii buat kami sedih. Kenapa pergi Ami???? Alfatihah, terima kasih kerana menjadi anak yang baik.
“Kuatkan kami sekeluarga hadapi ujian ini ya Allah.
“Dukacita dimaklumkan bahawa adik saya Ahmad Azza Fahmi telah meninggal dunia pagi ini. Mohon sedekahkah Al-Fatihah untuk arwah adik saya,” katanya.
Dua anggota polis maut dan seorang lagi cedera selepas diserang oleh seorang lelaki bertopeng dalam kejadian di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, awal pagi hari ini.
Dalam kejadian sekitar 2.54 pagi itu, suspek yang bersenjatakan pistol dan parang turut dilaporkan mati ditembak dilokasi kejadian.
Mangsa dikenali sebagai Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Lelaki bertopeng serang Balai Polis Ulu Tiram
- 2 anggota polis terkorban akan dikebumikan di Bidor, Gambang
- 2 anggota Balai Polis Ulu Tiram terbunuh, penyerang mati ditembak
- Lebih 50 anggota polis kawal ketat Balai Polis Ulu Tiram
- Suspek serang, bunuh 2 anggota di Balai Polis Ulu Tiram, sah ahli JI – KPN
- Suspek serang balai polis sudah buat persediaan awal – KPN