Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ambulan terbalik, cuba elak motosikal terbabas

Sebuah ambulan terbalik gara-gara cuba mengelak sebuah motosikal yang dipercayai terbabas di KM KM 115.2, Lebuhraya Karak menghala ke timur dan berlaku di atas jambatan Sungai Jentar, kira-kira jam 12.15 tengah hari, hari ini.- Foto: NSTP

TEMERLOH: Sebuah ambulan terbalik gara-gara cuba mengelak motosikal yang terbabas ditunggang salah seorang peserta konvoi.

Kejadian berlaku di KM 115.2, Lebuhraya Karak menghala ke timur dan berlaku di atas jambatan Sungai Jentar, kira-kira jam 12.15 tengah hari, hari ini.

Menurut salah seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang enggan dikenali berkata, ambulan itu dinaiki dua jururawat, pembantu perubatan dan dua pemandu ambulan yang datang dari Hospital Selayang selepas menghantar pesakit.

“Tiba di lokasi salah seorang penunggang gagal mengawal motosikalnya dan terbabas, pemandu cuba mengelak tetapi ambulan yang kami naiki terbalik.

“Ada antara kami mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan daripada jururawat yang bersama dalam ambulan ini,” katanya.

Katanya, sekiranya pemandu tidak menggelak, mungkin penunggang itu berada di bawah ambulan dan maut.

“Mujur dalam ambulan tiada pesakit, alhamdulillah kami selamat,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini