comscore
Tumpuan :
Nasional

Ambil semangat hijrah Rasulullah, tolak salah guna kuasa memperkaya diri – PM

Oleh: Kumaran Rajamoney

IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru generasi muda untuk mengambil semangat penghijrahan Nabi Muhammad SAW sebagai asas dalam membantu membina Malaysia menjadi negara yang rakyatnya bermaruah.

Kekuatan akidah dan akhlak katanya penting dalam membina masyarakat yang menolak amalan rasuah dan penyelewengan dalam masyarakat.

“Rasulullah telah menyediakan kita dengan panduan menerusi penghijrahan Baginda dari Makkah ke Madinah bersama sahabat setia, anak muda, wanita dan bukan Islam. Dalam kita hendak mengangkat mengangkat martabat bangsa, kena ada padanan yang sama.”

“Bangunkan negara kena ada pelaburan, pekerja mahir, keupayaan dalam penguasaan digital dan kecerdasan buatan (AI) serta tumpuan kepada pembasmian kemiskinan. Syaratnya kena ada pimpinan muda menolak kezaliman salah guna kuasa yang memperkayakan diri,” katanya.

Beliau memberi jaminan akan terus membantu segala usaha untuk mengangkat martabat dan kekuatan anak muda yang mahu menyelamatkan negara ini dari ketidakadilan.

“Bersihkan diri dari pengaruh yang merosakkan. Kalau benar hendak maju, maka kena bangun dari kemalasan dan kealpaan.”

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis penubuhan Pertubuhan Lima Generasi (PLG) Malaysia di sini, malam ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini