Tumpuan :
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri hingga 6 petang ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal di sembilan negeri hingga jam 6 petang ini.

Amaran itu melibatkan beberapa daerah di Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, dan Sabah.

“Di Perak, kawasan terbabit ialah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, manakala di Pahang Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Rompin.

“Di Selangor membabitkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat; Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru); Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) serta seluruh Kuala Lumpur dan Melaka,” menurut kenyataan Jabatan Meteorologi (METMalaysia).

Kawasan terbabit di Sabah ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) serta Limbang di Sarawak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini