comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Pahang, Johor dan Sabah

FOTO: METMalaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sabah hingga 2 petang ini.

Amaran cuaca buruk di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Maran dan Bera. Manakala, di Johor pula melibatkan kawasan Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Amaran ribut petir dan hujan lebat di Sabah merangkumi kawasan Telupid, Kinabatangan dan Beluran di Sandakan serta Pitas di Kudat.

Loading...
Terkini