KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang yang dijangka melanda lima negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 9 malam ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan petang ini, beberapa kawasan di Kedah yang dijangka terjejas adalah Kuala Muda, Baling, Kulim, dan Bandar Baharu.
Di Pulau Pinang, kawasan yang terlibat ialah Seberang Perai Utara, manakala di Perak, kawasan Hilir Perak turut dijangka mengalami cuaca buruk itu.
Di Selangor pula, kawasan terlibat termasuk Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, dan Sepang.
Sementara itu, di Sarawak, amaran ini melibatkan kawasan Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit, dan Bukit Mabong), serta Bintulu (Tatau).
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.