Tumpuan :
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri sehingga jam 1 pagi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga jam 1:00 pagi (6 Januari).

Kawasan yang dijangka terjejas termasuk Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan di Pulau Pinang.

Selain Simunjan, Sri Aman, Betong dan Kapit di Sarawak serta beberapa daerah di Sabah seperti Sipitang, Tenom, Beaufort dan Keningau.

Amaran dikeluarkan pada jam 9:05 malam tadi selepas tanda-tanda awal hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 millimeter per jam (mm/jam) yang dijangka berlangsung lebih sejam.

MetMalaysia mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan struktur akibat angin kencang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini