comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di 8 negeri

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan melanda lapan negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 7.55 pagi, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak) serta Melaka.

Di Kelantan, kawasan yang terjejas termasuk Tumpat, Pasir Mas, Jeli, dan Tanah Merah, manakala di Negeri Sembilan, Port Dickson turut terlibat.

Di Sarawak, kawasan terlibat adalah Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis dan Miri).-BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini