comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di 6 negeri hingga 3 petang

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: 6 negeri diramal berdepan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 3 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkata, ia membabitkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kerian, Perak selain Sabah dan Sarawak.

“Di Kedah ramalan cuaca membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

“Manakala Sarawak di Sri Aman, Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) dan Kapit (Song),” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

METMalaysia juga meramalkan keadaan sama di Sabah membabitkan kawasan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini