KUALA LUMPUR: 10 negeri diramal dilanda ribut petir atau hujan lebat hingga jam lima petang ini.
Amaran dikeluarkan Jabatan Metreologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman web jabatan itu pada jam 1.45 tengah hari tadi.
Negeri yang dijangka terbabit adalah seluruh Pulau Pinang manakala Kedah membabitkan kawasan Langkawi, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.Di Perak pula membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Manakala di Kelantan, amaran dikeluarkan bagi kawasan Jeli, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Terengganu pula membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu.
Di Pahang, kawasan dijangka dilanda ribut petir atau hujan lebat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong; Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin); Melaka (Jasin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat.
Di Sabah membabitkan Pedalaman (Tambunan) Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu).
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.