KUALA LUMPUR: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan perairan di lima negeri iaitu Perak, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah sehingga jam 2 petang, hari ini.
Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, amaran yang sama juga dikeluarkan untuk perkapalan yang mana cuaca itu turut dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket, Selat Melaka Utara, barat Samui, utara Tioman, tenggara Bunguran, Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan, Sulu dan Sulawesi sehingga jam 2 petang ini.
“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (km/j) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
“Bagaimanapun, tiada sistem Siklon Tropika dicerap di dalam kawasan pemantauan METMalaysia,”menurut kenyataan METMalaysia, hari ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.