KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku di beberapa kawasan Sabah dan Sarawak.
Menerusi perkongsian di aplikasi X, MetMalaysia memaklumkan ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di Sarawak membabitkan daerah Miri termasuk Subis, Beluru dan Marudi.
Sementara di Sabah ia membabitkan keseluruhan daerah Sandakan dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Semalam, MetMalaysia menjangkakan beberapa negeri akan mengalami hujan berterusan tahap waspada di Sabah selama tiga hari bermula Sabtu ini.
Cuaca sama turut dijangka melanda Kelantan membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh selama tiga hari bermula 29 Disember ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.