comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran ribut petir di enam negeri petang ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di enam negeri sehingga 6 petang ini.

Menerusi kenyataan dimuat naik di media sosial jabatan itu, Sarawak dijangka paling terjejas dengan cuaca tersebut, antaranya di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Negeri lain ialah Kedah melibatkan daerah Sik, Baling dan Kulim selain Hulu Perak (Perak); Machang, Kuala Krai dan Gua Musang (Kelantan); Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman (Terengganu) serta Jerantut dan Kuantan (Pahang).

MetMalaysia memaklumkan amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. — BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini