Tumpuan :
Nasional

Amaran ribut petir, angin kencang hingga 1 tengah hari

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah sehingga jam 1 tengah hari, hari ini.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Katanya, dua daerah di Sabah dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 10 pagi, hari ini.

“Dua daerah berkenaan adalah Sandakan membabitkan kawasan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat,” katanya, hari ini.

Sementara itu, METMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua di kawasan perairan negara yang berisiko kepada aktiviti laut.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini