comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran ribut, hujan lebat di kebanyakan negeri hingga 10 malam ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri sehingga jam 10 malam ini.

Antara negeri yang dilaporkan hujan lebat, termasuklah di Kedah membabitkan dua daerah iaitu Kulim dan Bandar Baharu serta Pulau Pinang dan Perak.

Selain itu, dua daerah di Kelantan turut dilaporkan hujan lebat iaitu Machang dan Kuala Krai, manakala Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Di Pahang pula, amaran ribut dan hujan lebat dikeluarkan di kawasan Cameron Highlands, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Negeri lain yang turut dijangka hujan lebat dan ribut petir adalah Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan dan Melaka.

Sementara di Johor membabitkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, manakala di kawasan Borneo ia membabitkan Miri dan Limbang serta di Sabah babitkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau) serta Labuan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini