KUALA LUMPUR: Hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu hingga jam 1 petang, hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan amaran keadaan cuaca itu membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan juga Pasir Puteh, di Kelantan
“Di Terengganu pula, kawasan yang terkesan adalah di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman,” katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai keadaan cuaca, boleh layari laman sesawang MetMalaysia di https://www.met.gov.my.