comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran hujan lebat, ribut petir di 7 negeri sehingga 6 petang ini 

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tujuh negeri sehingga jam 6 petang ini.

METMalaysia dalam hantaran di Facebook, memaklumkan di Kedah, amaran cuaca itu dikeluarkan bagi Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Jeli di Kelantan dan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar).

Katanya, di Terengganu, amaran dikeluarkan bagi kawasan Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun, manakala Johor membabitkan Kluang, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru.

“Di Sarawak, amaran sama dikeluarkan bagi Kawasan Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau).

“Di Sabah pula, ia membabitkan kawasan pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran),” katanya.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini