KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat berserta ribut petir di 10 negeri iaitu di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga jam 8 malam ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan menyebut di Terengganu kawasan yang terbabit adalah Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
“Di Pahang pula, Tanah Tinggi Cameron, Lipis Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran dijangka terkesan.
“Sementara itu, di Selangor, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat turut terbabit,” katanya.
Selain itu di Negeri Sembilan di kawasan yang terbabit adalah Jelebu. Di Johor Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat dijangka terkesan.
Di Sarawak Kuching, Samarahan, Sibu (Selangau), Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
Di Sabah pula kawasan yang terbabit adalah Pendalaman (Nabawan) dan Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan).
Untuk maklumat lanjut mengenai keadaan cuaca, boleh layari laman sesawang MetMalaysia di https://www.met.gov.my