KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang di hampir semua negeri sehingga jam 8 malam ini.
METMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran itu dikeluarkan bagi Perlis dan Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling.
Katanya, di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim manakala di Kelantan hanya membabitkan satu kawasan iaitu Gua Musang.
“Di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran.
“Amaran sama dikeluarkan bagi Selangor selain Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya menurut kenyataan itu.
Di Negeri Sembilan pula membabitkan kawasan Jelebu dan Tampin.
Amaran hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang turut dikeluarkan bagi Melaka dan Johor membabitkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Di Sarawak, amaran itu dikeluarkan bagi Kuching (Bau dan Kuching), Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Bintulu, Miri dan Limbang.
Di Sabah pula membabitkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) dan pantai barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) selain Labuan.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.