Tumpuan :
Nasional

Amaran hujan lebat di seluruh Perak dan utara pantai barat

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan khususnya di bahagian utara pantai barat dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir sehingga jam 6 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) kawasan berkenaan membabitkan seluruh Perak, daerah Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah serta Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.

Di Selangor, kawasan yang dijangka terbabit ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.

Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong di Pahang serta Segamat, Kluang dan Mersing di Johor.

Di Sarawak, amaran sama dikeluarkan membabitkan daerah Kapit (Belaga), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis dan Beluru) dan Limbang.

Menurut METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Orang ramai boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini