KUALA LUMPUR: Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda kebanyakan negeri di seluruh negara hingga jam 9 malam ini.
Selain seluruh Perlis, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca itu bagi beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.
Dalam hantaran di Facebook katanya, di Kedah amaran cuaca itu dikeluarkan bagi Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
“Selain itu, di Perak membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar; Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang);Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman); dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh).
“Selain wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, di Selangor, amaran cuaca sama dikeluarkan bagi Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson); dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi),” katanya.
Katanya, amaran hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang turut dikeluarkan bagi kawasan Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Kapit (Belaga), Miri (Telang Usan) dan Limbang di Sarawak manakala Sabah membabitkan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.