KUALA LUMPUR: Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami cuaca buruk dengan amaran hujan lebat berterusan sehingga Sabtu ini.
Hujan lebat berterusan itu dijangka berlaku di seluruh Terengganu manakala beberapa daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai turut mengalami situasi sama.
Hujan berterusan pada tahap berwaspada pula akan berlaku di Gua Musang dan beberapa daerah di Pahang Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Situasi sama turut berlaku di negeri Sabah membabitkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.