KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sabah dan Labuan hari ini.
Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan berkata di Sabah, ia melibatkan kawasan Pedalaman iaitu Kuala Penyu dan Beaufort.
Beliau berkata bagi Pantai Barat, kawasan yang terlibat adalah Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud selain Kudat.
Amaran sama turut melibatkan Labuan.
Semalam, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk bagi kawasan Kuala Penyu dan Beaufort.
“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.- BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.