Tumpuan :
Nasional

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Perak

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Dalam kenyataan hari ini, METMalaysia memaklumkan amaran yang itu berkuatkuasa sehingga Khamis ini.

Amaran itu dikeluarkan hasil analisis beberapa model cuaca dijalankan METMalaysia terhadap penumpuan angin yang berlaku di utara Semenanjung dan barat Sabah yang dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

Keadaan itu, kata METMalayaia berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh lebih panjang di kawasan terbabit, serta angin kencang serta laut bergelora di perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka Utara.

Sementara itu, di beberapa negeri lain, METMalaysia menjangkakan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku sepanjang minggu ini.

“METMalaysia juga telah mengemaskini amaran angin kencang dan laut bergelora bagi Laut China Selatan dan Selat Melaka Utara berkuatkuasa sehingga 21 September ini.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini