Tumpuan :
Nasional

Amaran hujan berterusan tahap buruk di Johor, Pahang hingga Sabtu ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk hingga 23 November ini di beberapa daerah di Pahang dan Johor.

METMalaysia dalam kenyataannya berkata keadaan cuaca itu diramal membabitkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin bagi Pahang manakala daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Hujan lebat berterusan tahap waspada diramal di Kelantan iaitu daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh hingga Sabtu ini.

“Amaran hujan lebat berterusan tahap waspada bagi tempoh sama turut dikeluarkan di Terengganu dan beberapa daerah di Pahang iaitu Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera.

“Sementara itu, amaran hujan lebat berterusan tahap waspada sehingga Rabu ini bagi beberapa daerah di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini