Tumpuan :
Nasional

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga esok

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan kemas kini amaran hujan berterusan tahap bahaya melibatkan beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu sehingga esok.

Menurut kenyataan dikeluarkan pada jam 6 petang, kawasan terjejas di Kelantan termasuk Jeli, Tanah Merah, Machang, dan Kuala Krai.

Di Terengganu pula, kawasan yang terlibat adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun, dan Kemaman.

Amaran Tahap Buruk turut dikeluarkan untuk kawasan lain di Kelantan seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, dan Gua Musang.

Di Terengganu, kawasan Kuala Terengganu dan Marang turut berada dalam kategori berkenaan.

Di Pahang, Kuantan juga disenaraikan dalam amaran tahap buruk.

Amaran Tahap Waspada dikeluarkan untuk kawasan di Pahang, iaitu Jerantut, Maran, Pekan, dan Rompin, selain Mersing di Johor.

Sabah pula membabitkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran, dan Sandakan) serta Kudat.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap risiko banjir, tanah runtuh dan keadaan cuaca buruk yang berpotensi mengancam keselamatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini