KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) yang dijangka berlaku di Sarawak iaitu membabitkan Kuching, Serian,Samarahan dan Mukah sehingga Isnin ini.
Katanya, amaran hujan berterusan (waspada) pula diramal berlaku di Perak membabitkan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Selain itu, ramalan sama turut dijangka berlaku di Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan,Melaka,Johor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula Selasa ini hingga Rabu.
“Di Sarawak membabitkan Sri Aman, Betong, Sibu Sarikei dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) sehingga Isnin, manakala Sabah pula di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat dalam tempoh bermula Ahad sehingga Isnin.
“Amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan lebih 60 milimeter dalam tempoh enam jam.
“Manakala untuk waspada apabila ada tanda menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan,” katanya.