Tumpuan :
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah, Labuan hingga Ahad ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, di Sarawak, amaran hujan berterusan tahap buruk membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu manakala amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan Kapit (Song dan Kapit), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah, amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Amaran sama turut dikeluarkan kepada Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam pada itu, MetMalaysia memaklumkan, berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga 24 Disember 2024.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga Selasa, 24 Disember ini.

“Maklumat cuaca terkini boleh didapati melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi MetMalaysia,” katanya.

Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini