Tumpuan :
Nasional

Amaran hujan berterusan di 5 negeri hingga esok

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Amaran hujan berterusan tahap waspada diramal di beberapa negeri sehingga esok.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam kenyataan berkata, amaran hujan berterusan tahap waspada itu membabitkan Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu.

Katanya, di Kedah, amaran itu dikeluarkan di beberapa daerah termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling, manakala di Hulu Perak, Perak; Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, di Kelantan serta Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu di Terengganu.

METMalaysia sebelum ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh negeri, termasuk kawasan Pantai Timur yang sering terjejas akibat musim tengkujuh.

Musim tengkujuh biasanya berlangsung antara November hingga Mac membawa risiko hujan berterusan terutama di negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.

Keadaan ini sering dikaitkan dengan banjir besar seperti berlaku pada Disember tahun lalu, mengakibatkan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

METMalaysia memaklumkan orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

“Talian hotline METMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini