PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga di tiga kawasan di Kedah.
METMalaysia dalam satu hantaran, memaklumkan tiga kawasan terbabit adalah Pokok Sena, Pendang dan Baling.
Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius.
Amaran cuaca panas tahap satu itu juga berlaku sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Setakat jam 4.30 petang tadi, negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak mencatatkan suhu maksimum harian, iaitu kurang 35 darjah Celsius.