KARMIEL: Buat pertama kalinya arahan berpindah dikeluarkan oleh Hizbullah kepada penduduk di 25 penempatan dalam lingkungan tiga hingga 22 kilometer di tanah jajahan Israel berhampiran sempadan Lubnan.
Kawasan itu merangkumi jumlah penduduk mencecah 200,000 orang
Dalam tempoh 48 jam lalu juga, 10 pengganas rejim maut dibunuh Pejuang Hizbullah.
Kumpulan itu turut merancakkan lagi serangan ke atas Israel sejak beberapa hari lalu.
Ia termasuk pelancaran Roket Salvo ke daerah Kiryat Shmona.
Terbaharu, dua cedera dalam serangan dilancarkan ke Karmiel menyasarkan kilang membuat alat komponen penerbangan.
Pejuang Islam Iraq dalam pada itu turut melancarkan tiga serangan dron ke lokasi penting pengganas rejim di Golan Height dan bandar Pelabuhan Eilat.
Israel dalam pada itu mendakwa, menembak dua dron yang dilancarkan ke tanah jajahannya. – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.