comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran air pasang tahap ekstrem di 8 kawasan esok 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sebanyak lapan stesen Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) akan mengalami kejadian air pasang tahap ekstrem.

Berdasarkan amaran yang dikeluarkan oleh JUPEM di laman webnya hari ini, kejadian membabitkan stesen terletak di beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah.

Menurut amaran itu, esok bakal berlaku kejadian air pasang membabitkan stesen JUPEM di Pulau Pinang, Lumut, Pelabuhan Klang, Tanjung Keling dan Sejingkat.

Pada Sabtu pula, tiga stesen bakal berlaku kejadian air pasang membabitkan kawasan Pulau Langkawi, Pulau Lakei dan Lahad Datu.

Bagi fenomena air pasang perbani pula, ia dijangka berlaku di empat stesen jabatan itu pada lusa, iaitu Kukup, Johor Bahru, Tanjung Sedili dan Tawau.

Pada Ahad ini, kejadian sama akan melanda tiga stesen membabitkan Tanjung Gelang, Geting dan Kota Kinabalu.

Tidak terkecuali Labuan dan Cendering juga bakal dilanda kejadian air pasang perbani Isnin depan.Selain itu, Bintulu, Miri, Kudat dan Sandakan akan berlaku kejadian sama, Selasa depan.

Air pasang perbani adalah keadaan yang mana air laut berada pada kedudukan yang paling tinggi atau surut yang paling rendah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini