comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Alunan selawat nabi bergema di Putrajaya

Oleh: Izzatie Rizan

PUTRAJAYA: Lebih 10,000 umat Islam hadir pada program Selawat Perdana, Malam Cinta Rasul yang berlangsung di Dataran Putra di sini, bersempena sambutan Maulidur Rasul 2024.

Program yang diadakan selepas solat Isyak itu dimulakan dengan qasidah serta selawat kepada Nabi Muhammad SAW, disusuli doa maulid yang dibacakan Habib Ali Zainal Abidin.

@buletintv3 Selain Selawat Perdana, sambutan program Malam Cinta Rasul 2024 turut memuatkan dua lagi program iaitu Karnival Healing De’ Masjid dan Pameran Artifak Rasulullah SAW yang berlangsung di Masjid Putra selama empat hari sehingga Isnin ini. #BuletinTV3 #beritaditiktok #maulidurrasul #selawatperdana #malamcintarasul2024 ♬ original sound – BuletinTV3

Selain Selawat Perdana, sambutan program Malam Cinta Rasul 2024 turut memuatkan dua lagi program iaitu Karnival Healing De’ Masjid dan Pameran Artifak Rasulullah SAW yang berlangsung di Masjid Putra selama empat hari sehingga Isnin ini.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini