@buletintv3 Pelakon dan pelawak yang ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja di rumahnya di Cyberjaya, dijangka dituduh miliki ganja di Mahkamah Sepang. #BuletinTV3 #Pelawak #Dadah #Ganja #Cyberjaya ♬ original sound – BuletinTV3
SEPANG: Pelawak, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, atau dikenali Along Cham mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki ganja seberat 58.23 gram.
Pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.
Along Cham yang diwakili peguam Mohd Fadly Hashim dari Tetuan Zamri Idrus yang juga bekas peserta program realiti Raja Lawak itu didakwa mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan dikenakan tidak kurang 10 sebatan.
Di kadang tertuduh, Along Cham memohon untuk diikat jamin namun ditolak oleh hakim.
Ahmad Fuad juga mengarahkan laporan kimia tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan kes disebut semula pada 27 Januari depan.
Mengikut kertas pertuduhan, Along Cham disyaki memiliki dadah jenis ganja seberat 58.23 gram.
Pelawak itu ditahan di rumahnya di Cyberjaya, Sabtu lalu.
Media sebelum ini melaporkan hasil ujian air kencing terhadap selebriti itu positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC), manakala siasatan polis mendapati suspek tiada rekod lampau dan disiasat.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.