comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Allahyarham Nik Aziz, Kit Siang, Johari Abdul terima gelaran Tan Sri

KUALA LUMPUR: Seramai 839 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mendahului senarai penerima dengan dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul

Turut dikurniakan darjah kebesaran PSM ialah 25 individu lain termasuk Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Patmanathan, mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, mantan Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengarah Urusan Kumpulan Engtex Group Berhad Datuk Ng Hook.

Ihsan RTM

Penerima lain ialah mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Seri Anifah Aman,  veteran politik Lim Kit Siang dan bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Loading...
Terkini