comscore
Tumpuan :
Nasional

Allahyarham Badrul sentiasa mendoakan orang sekelilingnya – Isteri

Jenazah Allahyarham Badrul Muhayat,55 dibawa pulang ke rumah isterinya di Sentul, Kuala Lumpur untuk proses pengebumian esok. – FOTO: NSTP

BUTTERWORTH: Jenazah Allahyarham Badrul Muhayat dibawa pulang ke rumah isterinya, Norhayati Zulkapli, 50, di Sentul bagi proses pengembumian esok.

Jenazah diiringi isterinya ke Kuala Lumpur, kira-kira jam 7.45 malam tadi dan dijangka tiba sekitar jam 11 malam.

Norhayati berkata, dia mahu urusan pengebumian suaminya dipercepatkan dan sudah menghubungi pengurusan masjid untuk tindakan selanjutnya.

Norhayati Zulkapli reda atas pemergian arwah Allahyarham Badrul Muhayat. – FOTO: NSTP

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu memudahkan urusan arwah suami.

Saya reda atas takdir ini.

“Arwah suami seorang yang sangat baik dan sentiasa mendoakan orang sekelilingnya,” katanya.

Sebelum itu, jenazah aktor berusia 55 tahun itu dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian kira-kira jam 5 petang, sebelum dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Terdahulu, media melaporkan aktor berkenaan meninggal dunia dalam tidur di sebuah inap desa di Permatang Pauh, dekat sini, pagi tadi.

Allahyarham Badrul berada di Pulau Pinang untuk menyertai karnival yang dianjurkan UDA Holdings Bhd (UDA) di Jalan Baru, Perai, bermula semalam.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini