comscore
Tumpuan :
Nasional

Allahyarham Afham suka bantu, berkongsi ilmu – Rakan 

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA SELANGOR: Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar disifatkan sebagai seorang individu yang suka membantu rakan yang ditimpa kesusahan.

Rakan kolej, Abdul Wafiy Abdul Rahman ketika ditemui Buletin TV3 di Masjid Puncak Alam memaklumkan, Allahyarham Nidza Afham juga adalah seorang individu yang tidak panas baran, sentiasa ceria dan mudah didekati.

“Allahyarham memang jenis tak berkira, apabila ada kawan dalam kesusahan, akan ke depan untuk memberikan segala bantuan'”katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Wafiy berkata meskipun jarang bertemu selepas tamat pengajian di kolej, Allahyarham dengannya selalu berhubung untuk bertanya khabar.

Abdul Wafiy Abd Rahman

Rakannya yang sama dalam bidang hiburan, Muhammad Alif Danial Ismail pula berkata Allahyarham tidak lokek untuk berkongsi ilmu, selain mempunyai perancangan untuk mengadakan persembahan bersama, namun tidak kesampaian.

“Allahyarham memang merancang untuk mengadakan kolaborasi bersama, namun apabila mengetahui berita yang menimpanya, saya amat terkilan,” ujarnya kepada Buletin TV3.

Muhammad Alif Danial Ismail

Dalam pada itu, tinjauan Buletin TV3 mendapati suasana di ruangan luar masjid ini dipenuhi keluarga dan kenalan yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Difahamkan, solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Puncak Alam dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam.

Semalam, mayat penyanyi dan Youtubers berusia 23 tahun itu ditemui di Sungai Klang kira-kira jam 7.30 petang selepas dilaporkan hilang sehari sebelum itu ketika keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman Klang seorang diri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini