Tumpuan :
Nasional

Aliran trafik mulai sesak di Plaza Tol Gombak setakat 11 pagi ini

Foto NSTP – Keadaan Lebuhraya KL-KARAK pada jam 12.32 tengah hari KL-KARAK. Trafik perlahan dari Plaza Tol Gombak ke Lentang terus ke Plaza Tol Bentong.

KUALA LUMPUR: Aliran trafik dari Plaza Tol Gombak menuju ke Pantai Timur mulai sesak setakat jam 11 pagi ini berikutan orang ramai pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik tinggi arah Timur dari Plaza Tol Gombak ke Bukit Tinggi.

“Kenderaan semakin bertambah sejak semalam namun masih bergerak perlahan dan aliran trafik sesak sehingga ke Genting Sempah, Pahang.

“Selain itu, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT) dan LPT 2 dilaporkan lancar di kedua-dua arah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Sementara itu, jurucakap PLUS Malaysia berkata aliran trafik di dua lebuh raya utama menuju ke utara dan selatan bergerak lancar iaitu di Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Jalan Duta.

Menerusi akaun rasmi Twitter PLUS memaklumkan trafik arah Utara dari Slim River ke Sungkai didapati perlahan manakala terdapat kemalangan di Kilometer 301.8 arah utara dari Bangi ke Kajang.– BERNAMA

Loading...
Terkini