comscore
Tumpuan :
Nasional

Aliran trafik bertambah sesak, ANIH Berhad buka 5 lorong manual.

Oleh Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya KL- Karak dan Lebuhraya Pantai Timur bertambah sesak sejak 9 pagi tadi bermula di Karak, Lanchang, Bentong, Lentang, Bukit Tinggi, Genting Sepah dan Tol Gombak.

Ia berikutan pertambahan kenderaan terutama dari arah Pantai Timur menghala ke ibu negara.

Ekoran daripada kesesakan berkenaan pihak Pengendali Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1, Anih Berhad terpaksa membuka tiga lorong manual di Gombak sejak jam 12 tengahari tadi manakala dua lagi lorong manual dibuka di Lanchang bermula jam 5 petang.

Jurucakap Anih Berhad berkata, bermula jam 12 tengah malam sehingga 5 petang tadi , jumlah trafik yang menggunakan laluan KL-Karak ialah dalam anggaran 130,161 kenderaan, manakala bagi LPT1 pula membabitkan anggaran 61,837 kenderaan.

Jelasnya lagi, sehigga jam enam petang, kesesakan berlaku sepanjang 14.2 kilometer di KM 76 hingga Tol Plaza (TP) Bentong hala Barat, manakala dari TP Bentong hingga KM 58.8 pula berlaku kesesakan sepanjang 3 kilometer.

“Dari Lentang ke Bukit Tinggi pula berlaku kesesakan sepanjang enam kilometer manakala hal sama turut berlaku sepanjang tujuh kilometer dari Bukit Tinggi ke Genting Sempah.

“Orang ramai yang melalui LPT1 di KM 96.6 hingga Lancang-TP Karak juga terpaka berdepan kesesakan luar biasa sepanjang 17 kilometer,”katanya.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan berkata peningkatan trafik mengakibat pergerakan kenderaan perlahan hampir di kesemua lebuhraya di seluruh Malaysia.

Antara laluan lebuhraya yang terbabit termasuk di PLIS@E1 arah utara Bandar Baharu ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Bakap, dan Bukit Merah ke Hentian Sebelah Alor Pongsu.

Manakala, kesesakan turut berlaku disebabkan terdapat kenderaan rosak di KM329 dekat Hentian Sebelah Ladang Bikam ke Tapah.

Manakala dari arah Selatan pula kesesakan berlaku bermula di Kepala Batas ke Plaza Tol Hutan Kampung, Pendang ke Gurun, Sungai Petani (U) ke Sungai Petani Selatan, Permatang Pauh ke Perai, Juru Auto City ke Persimpangan JSAHMS dan
Taiping (U) ke Changkat Jering.

“Di Lebuhraya PLUS@E2 dari arah utara juga sesak selepas Plaza Tol Sg.Besi menuju Pusat Bandaraya manakala arah selatan membabitkan lokasi di Machap ke Simpang Renggam dan Sedenak ke Kulai.

“Di Linkedua@E3 pula berlaku kesesakan di Jambatan Linkedua ke CIQ Tuas, Singapura,” katanya.

Loading...
Terkini