KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki mengaku sudah berkahwin dengan wanita pilihannya tahun ini.
Afdlin dalam temubual secara eksklusif berkata, wanita pilihannya itu berasal dari Johor dan kini bekerja dengannya.
“Alhamdulillah, saya sudah menamatkan zaman duda dan tahun ini beraya bersama keluarga baru dan keluarga lama,” katanya yang enggan mendedahkan nama isterinya itu.
Afdlin bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata, sebenarnya dia enggan memperbesarkan perkara itu kerana tidak mahu itu dijadikan ‘highlight’. “Apa yang boleh saya kongsi, saya sudah menamatkan zaman duda. Hubungan isteri dan bekas isteri serta anak-anak juga baik. Isteri saya pernah bekerja dengan saya dan masih bekerja dengan saya.
“Itu saja yang dapat saya kongsi kerana enggan memperbesarkan perkara ini. Cukuplah saya kongsikan berita gembira ini.