comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Alhamdulillah, keadaan saya beransur baik’ – Wan Rosdy

Keadaan kesihatan Wan Rosdy beransur baik selepas menjalani prosedur pembedahan di IJN pada Jumaat lalu. – FOTO: Wan Rosdy / Facebook

KUANTAN: Keadaan kesihatan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail beransur baik selepas menjalani prosedur pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7 Jun lalu.

Namun, Menteri Besar Pahang itu berkata, keadaannya masih lagi dipantau dan memerlukan banyak masa berehat.

“Alhamdulillah, keadaan saya beransur baik dan perlukan masa untuk pulih selepas menjalani pembedahan, baru-baru ini.

“Buat masa kini keadaan saya masih lagi dipantau oleh doktor dan perlu banyak masa untuk berehat. Semoga Allah SWT memberi rahmat dan kesejahteraan kepada kita semua.

“Pada masa sama, saya berterima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) yang sudi meluangkan masa melawat saya di IJN, semalam,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata keadaan Wan Rosdy semakin baik ketika beliau melawatnya.

“Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik selepas menjalani prosedur pembedahan dan kini dalam pemantauan pakar perubatan di IJN,” kata beliau.

Wan Rosdy selesai menjalani prosedur pembedahan di IJN, 7 Jun lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini