Oleh: Izzatie Rizan
JERAM: Isteri pelakon veteran Harun Hashim, Sakinah Ganjali dikejarkan ke Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam selepas mengalami sesak nafas di kediamannya disini.
Sakinah 48, mengalami sesak nafas ketika kunjungan Buletin TV3 dan Persatuan Karyawan yang meninjau keadaan terkini pasangan itu selepas difahamkan kini hidup menumpang di rumah saudara susulan kedai yang diusahakannya ditutup.
Harun 68, berkata, isterinya mula dikesan susah bernafas sejak dua minggu lalu selain mengalami bengkak pada payudara kanan.
“Kami baharu sebulan buka kedai makan jual nasi lemak dan lontong disamping jual kerepek tapi isteri tiba tiba sakit.
“Isteri ada buat rawatan bekam namun yang keluar nanah dan darah. Saya juga dah cuba bawanya dapatkan rawatan bagaimanapun keadaannya semakin memburuk termasuk hanya tidur di kerusi,” katanya sayu.
Sementara itu Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata pihaknya bertindak menghubungi ambulans untuk membawa Sakinah ke hospital kerana melihat keadaannya yang sukar bernafas dan lemah ketika menziarahinya.
“Memang tengok perlu dapatkan rawatan segera ke hospital sebab mereka ada bagitahu kawasan payudara juga dah ada nanah.
“Saya juga minta jasa baik pihak hospital untuk memantau keadaannya sebaik mungkin,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.