Oleh Fazli Ahmad
TEMERLOH: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah, di sini, hari ini.
Keberangkatan tiba baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disambut Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan pemimpin negeri.
Solat Sunat Aidilfitri dipimpin Imam Besar Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah, Ahmad Hakim Shamsuddin, diikuti khutbah disampaikan Mufti Pahang, Prof. Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim.
Selesai solat, baginda berkenaan menyantuni jemaah.
Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang kemudian berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Lurah Semantan, Temerloh.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.