comscore
Tumpuan :
Nasional

Akta Juruukur Bangunan sedang dirangka

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang merangka Akta Juruukur Bangunan bagi mengawal selia profesion dan amalan juruukur bangunan serta tadbir urus yang baik berkaitan industri pembinaan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, akta itu masih di peringkat perbincangan bersama pemain industri untuk diperhalusi.

“Akta ini belum ada lagi tetapi bidang itu sudah ada orang yang buat kerja tetapi tiada akta.

“Setakat ini ia masih dalam perbincangan konsep, skop dan sebagainya sebab building surveyor (juruukur bangunan) itu ada, tetapi dia tidak ada satu akta yang govern (menyelia) bidang itu secara spesifik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kongres Juruukur Antarabangsa 2024 yang dihadiri kira-kira 200 pemain industri pembinaan di sini hari ini.

Nik Nazmi berkata sudah tiba masanya negara mempunyai akta berkenaan berdasarkan keperluan dan keadaan semasa dengan mengambil contoh pengalaman banyak negara lain yang lebih ke hadapan dalam tadbir urus bidang juruukur bangunan.

“Kalau kita tengok di banyak negara maju, mereka sudah ada satu governance (tadbir urus) yang jelas dalam soal building surveyor, jadi kita pun menuju ke arah itu dan maknanya kalau betul mahukan governance yang terbaik, kita kena wujudkan akta,” katanya.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini