Tumpuan :
Nasional

AKSB sedia 39 lori tangki, agih air pada Aidilfitri

FOTO: Ihsan AKSB

KOTA BHARU: Bagi menjamin bekalan air mencukupi, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) meletakkan sebanyak 369 tangki statik yang diletakkan di kawasan terjejas.

AKSB juga akan menyediakan sebanyak 39 lori termasuk daripada AKSB dan lori air kontrak (LAK) sebagai persediaan membekalkan air kepada pengguna bagi menghadapi musim perayaan Aidilfitri.

Jabatan Korporat AKSB berkata, 12 lori tangki air AKSB dan 27 LAK akan menghantar bekalan air bersih ke tangki statik kepada penduduk di kawasan yang terjejas atau terputus bekalan air dari 9 pagi hingga 6 petang.

“Bagi memaksimumkan keupayaan proses pembekalan air bersih kepada pengguna di musim perayaan ini, AKSB mempunyai pelan kesiapsiagaan bekalan air merangkumi kesemua jajahan operasi yang mula digerakkan pada 6 April sehingga 14 April ini.

“Sebanyak 44 Loji Rawatan Air (LRA) beroperasi di seluruh jajahan bagi membekalkan air bersih kepada 275,022 akaun pengguna di seluruh negeri.

“Pengeluaran air semasa di semua LRA adalah sebanyak 526 juta liter sehari (JLH) dan permintaan bekalan air ketika musim perayaan meningkat kepada 622 JLH,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, jangkaan waktu puncak penggunaan dan permintaan air yang tinggi adalah bermula pada 8 sehingga 13 April ini.

Katanya, bagi membaiki paip pecah atau bocor terdapat 14 pasukan daripada AKSB dan 12 pasukan kontraktor serta terdapat satu pasukan utama diketuai oleh Pengurus Jajahan yang dibantu pegawai lain.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini