Tumpuan :
Nasional

AKPS gagalkan cubaan seludup arak, pelbagai barangan bernilai RM165,500

RANTAU PANJANG: Pasukan Pegawai Petugas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menggagalkan cubaan menyeludup arak dan pelbagai jenis barangan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, jam 5.15 petang, semalam.

AKPS dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 6 botol wain dirampas setelah ditemukan dalam pemeriksaan rutin di laluan penumpang.

“Selain arak, pelbagai produk kosmetik, perubatan, dan makanan yang tidak mengikut peraturan telah dirampas. Nilai keseluruhan rampasan ini dianggarkan berjumlah RM165,500.

“Seorang lelaki warganegara Malaysia telah diperiksa dalam kejadian itu dengan menaiki sebuah kenderaan jenis Honda Civic berwarna hitam dengan nombor pendaftaran Malaysia,” katanya.

Menurut AKPS, penyeludupan barangan terbabit merupakan kesalahan di bawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967.

Katanya, semua barang rampasan termasuk kenderaan telah diserahkan kepada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Kelantan untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini