comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Akibat kenderaan dipandu lawan arus, seorang lelaki cedera

Foto: NSTP

GEORGE TOWN: Seorang lelaki cedera selepas kenderaan dinaikinya dirempuh sebuah kereta yang dipandu secara melawan arus awal pagi tadi.

Kejadian berlaku di susur keluar Jambatan Pulau Pinang menghala Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini.

Dalam kejadian itu, kereta jenis Perodua Bezza dipandu mangsa dikatakan dirempuh pemandu BMW 5 series yang dikesan memandu secara melawan arus dari arah Lebuh Macallum.

Kejadian itu turut menyebabkan pemandu BMW berkenaan mengalami cedera dan kedua-dua mangsa dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut.

Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Norhan berkata, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 1 pagi.

Katanya, ketika itu dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum melihat sebuah kereta berwarna putih, dipandu secara lawan arus di lebuh raya yang menghala pusat bandar.

@buletintv3 Seorang lelaki cedera selepas kenderaan dinaikinya dirempuh sebuah kereta yang dipandu secara melawan arus awal pagi tadi. Kejadian berlaku di susur keluar Jambatan Pulau Pinang menghala Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu. #buletintv3 #beritatiktok #lawanarus ♬ original sound – BuletinTV3

“Pada mulanya saya sangka dia tersalah jalan namun apabila ada simpang bagi kereta itu keluar, dia tetap memandu lawan arah menyebabkan saya mula curiga.

“Saya rakam pergerakan kereta itu apabila ia memasuki laluan susur keluar jambatan sebelum terdengar bunyi dentuman kuat dan didapati kereta yang dipandu seorang lelaki melanggar sebuah kereta yang datang dari arah Seberang Perai,” katanya di sini, hari ini.

Susulan itu, Norhan bersama orang awam lain menyelamatkan pemandu kereta Bezza sebelum dia dibawa ke hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi berkata pihaknya akan memberi kenyataan tidak lama lagi.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini