KUALA LUMPUR: Buletin TV3 tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kewujudan sebuah akaun TikTok yang mendakwa sebagai akaun rasmi portal berita tempatan itu.
Buletin TV3 kesal dengan tindakan pemilik akaun berkenaan yang mengambil kesempatan dengan menggunakan nama @Buletintv3official dan mengaku sebagai platform rasmi untuk menyebarkan informasi berita.
Organisasi itu akan mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi nama baik dan reputasi pada masa sama menggesa orang ramai untuk mendapatkan berita sahih menerusi platform digital rasmi di buletintv3.my
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.